RSS

My reflection

Refleksi

Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan tugasan yang diberikan pada saya. Tugasan ini sedikit sebanyak telah memberi pengetahuan kepada saya mengenai “Smart Scholl Blue Print ” dan “ Smart School Roadmap”. Malaysia merupakan negara yang mempunyai wawasan tersendiri untuk menjadi negara yang berdayasaing maju.

Apabila saya mendapat tugasan ini, saya telah berbincang dengan rakan- rakan saya mengenai tajuk yang telah diberikan. Seterusnya saya telah mengutip maklumat mengenai “Smart Scholl Blue Print ” dan “ Smart School Roadmap” menerusi internet.
Melalui tugasan Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ini, saya telah mengetahui wawasan negara kita terhadap pendidikan yang kian dan sedang berubah sejajar dengan negara- negara maju.
Kaedah pendidikan perlu dikaji dan diteliti mengikut perubahan masa. Ini kerana gaya yang sedang diguna pada suatu masa dulu tidak boleh duguna lagi. Ini berikutan pelajar- pelajar yang hadir kesekolah bukanlah mempunyai sama taraf dari segi  mental, kecerdasan, dan sosio ekonomi.  Kaedah yang  lama diguna pakai tidak boleh diguna lagi sebagai satu kaedah yang utama. Sebagai alternatif, guru perlulah mempelbagaikan kaedah mengajar supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar terhadap isi pelajarannya.
Selain daripada itu,  walaupun penggunaan ICT penting dalam  pengajaran dan pembelajaran, guru harus kaya dengan pengetahuan dalam subjek yang diajar. Guru yang kaya dengan ilmu dalam konteks akan mengajar dan menyampaikan isi dengan berkesan. Ini akan menambahkan lagi cara penyampaian jika guru tersebut menggunakan ICT dalam P&P.
Dalam tugasan ini, saya merasakan beberapa kekurangan dari segi cara menulis dan kaedah penyampaian. Untuk mengatasi masalah ini saya perlu menitikberatkan kemahiran penulisan saya. Masa merupakan kekangan pada saya. Bagi sebab itu, saya perlu menyediakan jadual kerja untuk menyiapkan sesuatu tugan dengan lebih berkesan.
Jika saya diberi peluang kedua pada saya,  saya akan menambahakan kualiti konteks laporan saya. Saya akan menemuramah pelajar- pelajar saya untuk mendapat hasil yang lebih berkesan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan oleh

Charles

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS